Selasa, 26 Februari 2013

Politik Bomoh


Guna bomoh lega tekanan PRU

SEREMBAN - Guna khidmat bomoh dibolehkan, asalkan tidak melanggar syariat Islam.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohamed Najeeb Abdullah berkata, tidak salah sekiranya ahli politik mendapatkan khidmat bomoh yang mengamalkan cara Islam untuk tujuan rawatan atau pengubatan.

“Apabila disebut perkataan ‘bomoh’, kita tidak sepatutnya menyempitkan pemikiran dan menggambarkan yang bukan-bukan kerana ada juga alim ulama yang digelar bomoh,” katanya.

Menurutnya, bomoh juga kebanyakannya sudah terpelajar sehingga ke luar negara dan bertahap motivator.

“Ahli politik boleh dapatkan khidmat nasihat mereka dalam menghadapi pelbagai tekanan sebelum hadapi pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kebergantungan terhadap bomoh dilarang dalam Islam dan tidak harus diamalkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan