Selasa, 26 Februari 2013

Kuala Sanglang


Tubuh pusat pertumbuhan baru Kuala Sanglang


Pengarah Penyiaran Perlis, Munah Madar (kanan) turut mengambil peluang membuat pemeriksaan kesihatan.
 

Pertandingan menumbuk garam belacan antara acara menarik sempena program terbabit semalam.
 
PERLIS - 'Kerajaan pusat boleh bangunkan Kuala Sanglang sebagai pusat pertumbuhan baru supaya rakyat di kawasan itu berpeluang menikmati rancangan pembangunan kerajaan,' demikian kata Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Koridor Utara, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.




Menurutnya, rancangan tersebut hanya akan menjadi kenyataan sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Pusat pertumbuhan yang dimaksudkan itu hanya akan dilaksanakan seandainya rakyat terus mengekalkan kemenangan kepada BN,” katanya pada majlis perasmian Program Rentas Kampung: Di Desa Kasihku Tertumpah di Kuala Sanglang, semalam.

Program sehari suntuk itu dianjurkan oleh RTM Perlis dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan Dun Sanglang yang berlangsung di Dataran Futsal Kampung Tanah Timbul, Kuala Sanglang.

Berbagai acara menarik turut diadakan iaitu pertandingan tumbuk garam belacan, mewarna oleh kanak-kanak tabika, perlawanan futsal antara wakil JKKK Dun Sanglang, pertandingan memancing di samping pemeriksaan kesihatan dan gigi selain pameran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Penerangan Perlis.

Turut hadir termasuk Pengarah Penyiaran Perlis (RTM), Munah Madar; Pengarah Penerangan Perlis, Mohd Lokman Mahmud dan Penyelaras Dun Sanglang, Abdullah Hassan.

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata,  beliau akan menyerahkan satu memorandum mengenai cadangan membangunkan pusat pertumbuhan baru Kuala Sanglang itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka melakukan lawatan kerja ke Perlis pada 3 Mac depan.

Beliau yang juga Adun Tambun Tulang yakin kawasan Sanglang akan lebih pesat membangun jika rancangan berkenaan dilancarkan.

Katanya, rakyat di Kuala Sanglang mesti lebih agresif merebut pelan pembangunan itu nanti dan tidak hanya berpuas hati dengan kewujudan industri sarang burung yang lebih menguntungkan pihak lain.



Berucap ialah ADUN Sanglang - Ustaz Hj Hashim Jasin











Tiada ulasan:

Catat Ulasan