Selasa, 6 November 2012

Remaja buang bayi


Tempoh tahanan reman empat remaja dilanjutkan


 
Pelajar perempuan yang juga ibu kepada bayi malang dibawa masuk ke Mahkamah Majistret.
 
 KANGAR – Empat suspek yang didakwa membuang bayi ke dalam sebuah sungai di Simpang Empat 25 Oktober lalu dilanjutkan tempoh reman tujuh hari lagi sehingga Rabu depan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan.
 
Suspek terbabit terdiri daripada tiga remaja berusia 17 tahun dan seorang lagi merupakan abang kepada remaja perempuan terbabit berusia 20 tahun. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di sini.

Perintah sambung tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

Terdahulu, polis menahan dua remaja lelaki berusia 17 tahun kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan seorang pelajar perempuan yang juga rakan sebaya mereka ke dalam Sungai
Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, di sini kira-kira jam 9.20 malam, 25 Oktober lalu.

Perbuatan mereka berjaya dikesan pihak polis apabila aduan diterima daripada seorang doktor setelah ibu kepada bayi terbabit membuat pengakuan kepada doktor yang merawatnya apabila pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan