Selasa, 6 November 2012

Obses Komik Lucah


Obses komik: Cenderung baca komik lucah

 
Pelbagai komik dapat dimuat turun dengan mudah di telefon bimbit.
 
MARAN - Lambakan komik pelbagai judul di pasaran membuktikan bahan bacaan itu mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan remaja, malah tidak terkecuali golongan dewasa.

Kecanggihan teknologi turut merangsang perkembangan dunia komik yang kini mudah diperoleh dan dibaca melalui atas talian.

Namun mendukacitakan apabila kemudahan itu disalah guna sesetengah peminat komik apabila cenderung melayari laman sesawang menyediakan pelbagai koleksi komik berbaur seks dengan animator lucah.

Perkara itu diakui seorang remaja berusia 14 tahun, Rizal (nama samaran) yang ketagih membaca komik berjudul popular dengan alih bahasa secara atas talian kerana mudah dilayari, selain mempunyai beberapa versi untuk golongan dewasa.

Walaupun sedar kecenderungannya terhadap komik lucah itu tidak baik, namun Rizal sukar meninggalkan tabiat tersebut.

“Dari kecil lagi saya suka baca komik kerana boleh mengurangkan kebosanan dan ada dialognya membuatkan kita ketawa sendirian. Sekarang dengan kemudahan internet di rumah, saya beralih membaca secara online (atas talian) dan tidak perlu lagi keluarkan belanja beli komik.

“Masa saya darjah lima ketika sedang melayari internet untuk mencari siri komik, secara tidak sengaja terpampang laman memaparkan siri komik popular, tetapi dialog berbeza dengan anime lucah,” katanya.
Rizal berkata, insiden tidak sengaja itu menarik perhatiannya untuk meneroka lebih banyak judul komik popular lucah seperti Naruto, Bleach, Dragon Ball, 3x3 Eyes, GTO dan sebagainya termasuk dialih ke bahasa Melayu.

Menurutnya, kepuasan berbuat demikian menyebabkan dia ketagih sehingga sering menghabiskan masa di hadapan komputer sepanjang malam di dalam bilik tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Waktu siang, saya akan muat turun siri komik ini dan membacanya pada sebelah malam untuk mengelak disedari ahli keluarga lain.

“Abang saya sendiri banyak menyimpan koleksi komik lucah, tetapi dia tidak tahu saya selalu salin fail simpanan daripada komputernya. Tetapi saya tetap baca komik biasa kerana sudah minat, cuma membaca komik lucah secara online memberi satu kepuasan lain,” katanya.
 
Mudah diperoleh tanpa bayaran




Rakannya, Adnan, 16, berkata, alamat laman sesawang komik lucah seperti hentai juga jarang disekat dan tidak ‘berat’, maka mudah dilayari menggunakan aplikasi internet di telefon bimbit.

Katanya, pengendali laman tersebut menyediakan pelbagai koleksi komik dewasa tanpa bayaran dengan siri tertentu terutama komik dari Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

“Peminat sahaja akan tahu nilai kepuasan membaca komik walaupun secara atas talian.

“Pada usia kami, bahan lucah bukan lagi benda pelik kerana mudah diperoleh, selain mempunyai rakan ada tabiat sama,” katanya.

Adnan berkata, dia pernah kantoi dengan bapanya ketika sedang asyik membaca komik lucah kegemaran, One Piece dan G-taste menggunakan telefon bimbit di biliknya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan bapanya menarik balik pemberian telefon bimbit, namun dia tidak sama sekali mengurangkan tabiat negatif tersebut.

“Saya dipukul dengan tali pinggang walaupun beri alasan tidak sengaja terjumpa gambar kartun lucah itu, tetapi bapa tidak percaya.

“Komik di internet memang banyak, tapi lama-lama bosan juga. Akhirnya saya cuma layan tengok gambar kartun sahaja. Selain anime seks, dialog komik pun lucu dan boleh dijadikan bahan bualan dengan kawan-kawan ketika melepak,” katanya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan