Selasa, 6 November 2012

5011 SPM di Perlis

5,011 ambil SPM di Perlis


MD. Isa Sabu (tengah) meninjau pelajar yang menduduki peperiksaan SPM di SMK Derma, Kangar, semalam. - BERNAMA 
KANGAR 5 Nov. - Sebanyak 5,011 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perlis hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,523 calon sekolah kerajaan, 124 (sekolah swasta), 160 (Maktab Rendah Sains Mara) dan 204 lagi calon persendirian.

"Daripada jumlah itu juga, 13 calon menduduki peperiksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala seorang merupakan tahanan polis," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi dan SMK Derma di sini hari ini.

Md. Isa berkata, sebanyak 37 pusat pemeriksaan disediakan dan satu lagi di HTF.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan