Sabtu, 7 Julai 2012

Ubat PERCUMA


India cadang beri ubat percuma kepada rakyat



NEW DELHI – India bercadang untuk menyediakan ubat-ubatan yang penting secara percuma kepada pesakit di hospital dan klinik kerajaan di bawah inisiatif lima tahun berharga.

“Tahun ini, satu inisiatif yang baru telah dicadangkan untuk memberi bekalan ubat-ubatan secara percuma di hospital kesihatan awam," kata kenyataan akhbar yang disiarkan oleh Menteri Kesihatan.

Katanya, jika inisiatif baru diluluskan itu ia akan menjadi satu langkah terbaik kepada rakyat.
Cadangan itu merupakan sebahagian daripada rancangan lima tahun ke-12 India (2012-2017) dan melibatkan jumlah perbelanjaan 26,700 juta rupee (AS$4.8 bilion). – DPA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan