Jumaat, 6 Julai 2012

Mini Uptown Perlis


Mini uptown di Gua Kelam

KANGAR 5 Julai - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bercadang untuk membuka mini uptown di Gua Kelam, dekat sini sebagai usaha menghidupkan taman rekreasi itu sebagai destinasi pelancongan waktu malam. 

Yang Dipertuanya, Rosley Mat berkata, MPK kini sedang mengkaji pelaksanaannya, termasuk berharap pihak yang akan mengendalikan taman rekreasi itu dapat memberi kerjasama.

"MPK tidak boleh bersendirian dalam melakukan usaha ini kerana pengunjung bukan sahaja berpeluang melawat Gua Kelam di waktu malam, malah dapat membeli-belah di mini uptown," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.



Rosley berkata, cadangan tersebut dibuat berikutan usaha MPK memperkenalkan mini uptown di Arau sejak tiga minggu lalu telah membawa kejayaan yang diharapkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan