Isnin, 9 Julai 2012

Rekod - Roti Canai


Roti canai terpanjang dicatat

8 Julai 2012

Wakil daripada Malaysia Book of Records Datuk Barkat Ali (kiri) menyampaikan sijil Book of Records kepada Pengerusi Penganjur Kebudayaan India Muslim, Meera Mydin.

GEORGETOWN - Rekod roti canai terpanjang dicatatkan di Pulau Pinang selepas 2,786 roti disusun sepanjang 400 meter di Masjid Kapitan Keling semalam.

Rekod berkenaan disahkan Malaysia Book of Records sekaligus memecahkan rekod roti nan terpanjang tahun lalu.

Pengerusi penganjur Sambutan Kebudayaan India Muslim, Meera Mydin Mastan berkata, seramai 15 orang penebar roti canai terlibat menghasilkan roti canai dengan menggunakan 600 kilogram tepung.

“Kesemua mereka mula memasak bermula seawal jam 4.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi.

“Antara restoran yang turut terlibat ialah Restoran 7 Star, Kassim Mustafa ,NS Restoran dan Warung The Tarik Hamid,” katanya.

Sijil pengesahan dari Malaysia Book of Records itu diserahkan melalui wakilnya, Datuk Barkath Ali Abu Backer.

Sementara itu Penyelaras program, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor berkata, kesemua roti canai tersebut diagihkan secara percuma kepada orang ramai selepas selesai penyerahan sijil pengesahan  rekod Malaysia dan mereka berhasrat mencipta rekod roti jala terpanjang pada tahun hadapan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan