Sabtu, 7 Julai 2012

Media Maya Agropelancongan


MB Perlis mahu promosi pelancongan menerusi media maya dipergiat


KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mahu usaha mempromosikan sektor pelancongan di negeri itu menerusi media maya dipergiat memandangkan media tersebut mempunyai ramai pengikut.

  



Katanya antara produk berpotensi memikat pelawat ialah agropelancongan seperti ladang anggur dan mempelam harumanis.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.9 juta bagi sektor pertanian tahun ini dengan tumpuan kepada buah-buahan dan tanaman padi, dengan harapan sektor itu turut memperkasa agropelancongan, katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan sektor awam, di sini hari ini.
 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Perlis Ghazali Zakaria dalam ucapannya, berkata ladang anggur yang dikendali jabatan itu di Sungai Batu Pahat dekat sini menerima kira-kira 20,000 pengunjung setahun.
   
Turut mendapat perhatian pelawat ialah mempelam harumanis yang sering dicari pelancong setiap kali tiba musim, katanya.
  
Pada majlis itu, Isa turut menyerahkan sijil Malaysia Book of Records bagi kejayaan menanam serentak 1,000 batang pokok mempelam harumanis dalam masa lapan minit pada Mei lepas kepada Ghazali.
  
Selain itu Isa juga menyerahkan sijil paten Perbadanan Harta Intelek Malaysia kepada jabatan tersebut yang mengesahkan mempelam harumanis sebagai produk keluaran Perlis. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan