Sabtu, 7 Julai 2012

Bantuan Pendidikan


Pelajar Perlis terpilih lanjut pelajaran diberi bantuan pendidikan

KANGAR - Anak Perlis yang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi diberi bantuan pendidikan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata setakat enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 815 pelajar yang melanjutkan pelajaran telah diberikan bantuan pendidikan yang berjumlah RM453,200.

Sepanjang tahun lalu pula sebanyak RM1.449 juta dikeluarkan kepada 2,187 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian mereka, katanya ketika berucap pada majlis penyampaian dana pendidikan kepada 266 pelajar berjumlah RM106,400 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah diberi sebanyak RM1,000, diploma RM500, matrikulasi RM300 dan pra-diploma serta sijil masing-masing sebanyak RM200.

Md Isa menasihati para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan tidak cuba membabitkan diri dalam kegiatan merugikan seperti perhimpunan haram.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan