Khamis, 31 Januari 2013

Paip Air di Perlis


Tukar paip lebih besar

 
Rakaman gambar ketika berlaku kebocoran paip.

Lawatan ke kawasan loji dan melihat keadaan paip pecah yang sudah dibaiki.
 

Paip yang pecah sudah dibaiki.
 
ARAU - Masalah bekalan air bersih yang terputus sejak tiga minggu lalu di sekitar bandar ini di sini mampu diselesaikan sekiranya paip lama yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di tukar kepada paip yang lebih besar dan berkualiti untuk memastikan masalah paip bocor tidak berulang kembali.

Ketua Penolong Pengarah Bekalan Air Perlis, Abdul Hamid Sahid  berkata, ketika ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membaikpulih paip yang pecah di Loji Air Kampung Sena selepas mengalami kebocoran pada hujung Disember.

Akibat kebocoran itu, beberapa kawasan mengalami masalah gangguan air.

“Keadaan demikian menyebabkan pihak kami perlu menghentikan perjalanan air untuk sementara waktu bagi untuk penyelengaraan manakala kerja-kerja pembersihan mencucui keladak terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

“Politeknik antara kawasan paling kronik dilanda masalah ketiadaan air ini kerana ia terletak di kawasan yang tinggi dan apabila air disalurkan untuk sampai ke kawasan berkenaan menjadi lambat malah pada hari itu merupakan sesi kemasukan pelajar baru di institut berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kebocoran paip itu berpunca daripada tekanan air yang terlalu kuat semasa proses mengepam yang menyebabkan ia ditendang sehingga melimpah di perkarangan loji.

“Kejadian itu berlaku tanpa diduga merangkumi separuh negeri Perlis tiada bekalan air bagi kawasan yang menggunakan loji air Arau fasa empat di sini,” katanya.

Malah katanya, untuk menyalurkan air bersih kepada seluruh rakyat di negeri ini, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan air disalurkan dengan lancar tanpa sekatan dan kekotoran.

“Disamping kerja-kerja pembersihan untuk menyalurkan air bersih dalam masa yang singkat namun berlaku pula kebocoran paip utama di loji berkenaan yang memerlukan masa yang panjang untuk dibaiki.

“Pihak JKR sedang berusaha untuk menukar paip keluli yang baru sebesar 600 mm di kawasan Pauh supaya masalah air tidak menjadi faktor utama yang menyebabkan keresahan dalam kalangan penduduk,” ujarnya.

Abdul Hamid berkata, anggaran untuk kerja-kerja menukar paip dan membaikbulih sistem berkenaan menelan belanja hampir RM70,000 kerana ia melibatkan projek membesarkan saluran paip yang sedia ada.

“Saya berharap agar penduduk boleh bersabar dengan keadaan ini untuk sementara waktu bagi memastikan kerja membaikpulih dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Malah katanya, semalam terdapat empat paip pecah di sekitar Pauh yang mengkehendaki pihaknya terpaksa menutup seketika pengepam air untuk menyalurkan air ke rumah-rumah penduduk.

“Kami memberi jaminan sekiranya paip baru ditukar dan dibesarkan maka permasalahan mengenai hal ini akan selesai dan penduduk boleh menikmati perjalanan air yang lancar dan bersih,” katanya.

Dalam pada itu, turut hadir sama semasa sesi lawatan dan perbincangan di loji air berkenaan ialah  Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim, Pengarah JKR Perlis, Azizan Abd Rahman dan pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Perbadanan Air Negara (SPAN)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan