Khamis, 31 Januari 2013

Hijrah Minda

Program Hijrah Minda 2013 bermula di Masjid Al-Hashimi
 
KANGAR - Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2013 bermula hari ini dengan program siri pertama berlangsung di Masjid Al-Hashimi, Long Boh, dekat sini.

Program diterajui Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu antara lain diisi dengan ceramah kesedaran kesihatan selain penyampaian sumbangan zakat dan sijil halal.

Sempena majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs menyampaikan sijil halal kepada hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan syarikat pengedar makanan, Al Hadad.

Baginda berharap kedua-dua penerima sijil halal itu akan lebih cemerlang dalam perniagaan kerana pengiktirafan itu pastinya menarik lebih ramai pelanggan khususnya dalam kalangan umat Islam.

Pada majlis sama, baginda turut mewakili MAIPs menerima sumbangan zakat perniagaan daripada syarikat Unic Leisures Sdn Bhd sebanyak RM100,000 yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya Arizal Abdul Latif.

Program Hijrah Minda itu akan berlangsung secara bersiri di beberapa masjid terpilih sepanjang tahun ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perlis Jafperi Othman, anggota Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Husin





Tiada ulasan:

Catat Ulasan