Ahad, 6 Januari 2013

Kes Rogol & Cabul


5 bersaudara kena tahan

  Gambar Hiasan


Ipoh: Polis menahan lima individu berusia antara 17 hingga 70 tahun yang mempunyai hubungan persaudaraan bagi menyiasat dakwaan kes rogol beramai-ramai dan cabul dua beradik perempuan berusia tujuh dan lima tahun.

Mereka yang ditahan sekitar Kerian malam kelmarin ialah datuk kanak-kanak itu, 70; ibu saudara yang menjadi pelayan restoran, 43; guru komputer, 36; sepupu lelaki, 24, dan sepupu yang masih bersekolah, 17.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis juga mencari bapa kanak-kanak itu berusia 42 tahun yang dipercayai berada di Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.


Katanya, laporan awal perubatan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan kedua-dua mangsa tetapi siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sama ada ia berpunca daripada kesan rogol dan cabul.

Siasatan dijalankan sebaik ibu mangsa yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai jurujual membuat laporan di balai polis pada 27 Disember lalu tetapi agak mengambil masa kerana kanak-kanak itu mendakwa dirogol ramai orang termasuk datuk, bapa, bapa saudara dan sepupu selain dicabul ibu saudara.

Polis akan mendapatkan laporan lanjut daripada Hospital Taiping serta menunggu pakar psikologi kanak-kanak dari Pulau Pinang untuk membantu siasatan, katanya di sini, semalam. 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan