Ahad, 6 Januari 2013

MPK - Lesen Meniaga Sementara

MPK lancar lesen perniagaan sementara - Rosley

KANGAR 5 Jan. - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah melancarkan lesen perniagaan sementara untuk memberikan peluang kepada peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam waktu singkat di tepi-tepi jalan supaya tidak lagi bimbang dikenakan kompaun. 

Yang Dipertuanya, Rosley Mat berkata, pihaknya hanya menggenakan bayaran RM20 untuk setahun bagi memiliki lesen tersebut.

"Caranya amat mudah iaitu peniaga berkenaan hanya perlu datang ke Bahagian Perlesenan MPK dengan membawa kad pengenalan dan lesen akan dikeluarkan serta-merta," katanya.

Rosley berkata, pada bahagian lesen ini akan tertera kad pengenalan peniaga dan juga jenis perniagaan yang dijalankan sahaja.

"Peniaga ini bebas untuk berniaga di mana-mana lokasi kerana di dalam lesen itu tidak diletakkan tempat tetap perniagaan," katanya.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan