Khamis, 31 Januari 2013

MPK _ Parking

 
Kadar kepatuhan sistem letak kereta masih rendah di Perlis



KANGAR - Kadar kepatuhan yang rendah terhadap sistem letak kereta di seluruh Perlis menyebabkan banyak kenderaan diletak tanpa kupon atau pas bulanan di lot parkir yang diuruskan sebuah syarikat di sini.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Kayangan Parking Sdn Bhd (Kayangan Parking) Ahmad Hazery Che Din berkata kadar kepatuhan yang rendah itu terbukti apabila sebanyak 2,857 saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 16 hari.
  
Syarikat itu dilantik mengendalikan pengurusan sistem letak kereta membabitkan 3,045 lot letak kereta di seluruh kawasan operasi Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sejak awal tahun ini.
  
Menurutnya kompaun hanya dikeluarkan kepada kenderaan yang diletakkan dalam petak parkir yang tidak mempamerkan kupon atau pas bulanan.
  
Beliau berkata sejak penguatkuasaan itu awal Januari lepas masalah kesukaran mendapatkan tempat letak kereta mulai berkurangan terutama di sekitar bandar Kangar, Arau dan Padang Besar.
  
Sehubungan itu, Ahmad Hazery berharap orang ramai mendapatkan kupon letak kereta yang boleh diperoleh dengan mudah daripada agen atau membeli pas bulanan bagi mengelak disaman.
  
"Kami hanya mengeluarkan saman tetapi bayaran kompaun perlu dijelaskan di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan itu diharap akan dapat meningkatkan kadar kepatuhan meletak kereta dan menurutnya kadar kepatuhan yang baik ialah apabila jumlah saman yang dikeluarkan berkurangan. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan