Anggota penguatkuasa Jaik memeriksa bilik disewa dua pasangan berkenaan.

 
ALOR SETAR - Seorang remaja bawah umur sanggup meninggalkan teman wanita dalam bilik dengan terjun dari sebuah hotel bajet di Jalan Putra, di sini, demi menyelamatkan dirinya.


Remaja lelaki berusia 16 tahun sanggup bergadai nyawa terjun dari bangunan hampir lima meter (m), namun tindakannya digagalkan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Ketika diserbu, teman wanitanya berusia 15 tahun yang merupakan calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sedang bersembunyi dalam bilik air bersama rakan wanita berusia 18 tahun.


Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, dua pasangan berkongsi menyewa bilik hotel berkenaan.


Sepasang kekasih lagi adalah rakan pelajar sekolah berkenaan, iaitu seorang pekerja kilang berusia 23 tahun dan wanita yang bekerja di sebuah butik.


“Kesemua mereka sanggup datang dari jauh kira-kira 70 kilometer (km) dari Padang Terap semata-mata menyewa bilik botel berkenaan selama sejam,” katanya.

Katanya, pasangan ini memberi alasan menyewa sedemikian hanya untuk berbual semata-mata, namun pihaknya terpaksa menahan mereka kerana mengesyaki melakukan maksiat.

Terdahulu, kira-kira 25 anggota penguatkuasa terbabit dalam serbuan Ops Maksiat bersempena Cuti Tahun Baharu Cina di beberapa hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar.

Kedua pasangan ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.


Stim punya pasai.......budak-budak kanyaq dah buat hal.