Empangan Timah Tasoh mampu bagi kegunaan domestik
Menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, setakat ini paras air dalam empangan itu ialah 27.86 meter sedangkan paras kritikal 25 meter, oleh itu masih mampu membekalkan air untuk keperluan domestik hingga Julai.
"Sehubungan itu orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan air domestik dari empangan terbabit kecuali untuk kegunaan pertanian ditangguhkan buat sementara sehingga hujan turun," katanya .
Beliau berkata, air Empangan Timah Tasoh hanya digunakan oleh penduduk di kawasan Perlis utara sementara mereka yang tinggal di bahagian selatan negeri ini menggunakan air yang dirawat dari terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
Katanya jika cuaca di negeri ini panas terik, air empangan terbabit hanya akan susut 0.001 meter sehari, tetapi jika keadaan cuaca redup, pengurangan paras air tidak ketara walaupun hujan tidak turun.
Bekalan air empangan itu tidak akan menghadapi masalah lagi sama ada bagi keperluan domestik atau pertanian apabila siap Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh awal tahun depan kerana ketika itu empangan berkenaan mampu mengisi air hingga paras 31 meter berbanding kemampuan maksimum sekarang 29.1 meter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan