Asri, Kazim jelas salah faham
Kiri : Ustaz Kazim . Kanan : MAZA
Ini berikutan penyebaran surat mufti tersebut yang tidak bersetuju Kazim dijemput sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis yang disebarkan pihak tertentu di luar pengetahuan Asri.
Dalam surat yang dihantar kepada pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Perlis, Asri memaklumkan ketidaksetujuannya atas alasan Kazim terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasulullah SAW.
Melalui entri terbaharu Facebooknya, Mohd Asri kesal dengan penyebaran surat dalaman urusan kerajaan itu melalui internet.
“Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan Raja Perlis,” kata Asri.
Menurutnya, ia adalah surat dalaman pentadbiran dan penyebaran surat itu tidak sepatutnya berlaku.
Berikutan itu, Asri turut menyertakan satu salinan muka surat buku yang
ditulis oleh Kazim, "Tuhan Sedang Menguji Kita' sebagai rujukan.
Antara lain, kandungan buku itu menyatakan, 'manakala kenduri
Rasulullah SAW yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan
kuah kari' yang dikatakan menjadi punca ketidaksetujuan Asri terhadap
cadangan mengundang Kazim sebagai panelis forum.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Asri enggan mengulas lanjut mengenai
perkara itu sebaliknya meminta wartawan memetik kenyataan daripada
Facebooknya.
Dalam pada itu, Kazim pula ketika dihubungi menyatakan pihak berkenaan
sepatutnya menghubungi beliau sendiri untuk mendapatkan penjelasan
berhubung apa yang dianggap sebagai riwayat palsu itu.
"Sebelum menganggap saya bawa riwayat palsu, panggillah saya dulu untuk jelaskan. Itu yang sebaiknya," katanya.
Mengenai cerita roti jala yang dikaitkan, Kazim menjelaskan: “Apa saya
kata dalam buku itu hanya secara kiasan, Rasulullah SAW, buat kenduri
kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang saya kiaskan
sebagai roti jala dan kari.
“Perlu baca sepenuhnya ayat saya itu di mana saya mahu menerangkan,
perkahwinan Rasulullah paling mahal adalah perkahwinan baginda dengan
Zainab Jahsy apabila menghidangkan roti dengan kambing.
Sebagai
penceramah, saya mahu guna bahasa kampung, tidak salah kenduri buat roti
jala dengan kari kambing.”
Kazim berkata, salah faham timbul apabila ada pihak mengambil sebahagian sahaja petikan ayat daripada buku itu.
“Saya mahu mudahkan, setiap roti dibuat dengan tepung, campur air dan
garam.
Roti paling senang dibuat adalah roti jala. Cuma mereka (ketika
itu) tidak panggil roti jala.
Saya ceramah guna bahasa kampung,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan