Selasa, 12 Mac 2013

MAIPs & HTF


Rakyat perlu kuasai kemahiran menyelamat


KANGAR 10 Mac - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat Perlis memiliki kemahiran asas teknik menyelamatkan nyawa atau bantuan kecemasan menjelang 2015.

Bagi mencapai matlamat itu, baginda berharap pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sekolah, jawatakuasa masjid dan pertubuhan menganjurkan program berkaitan bantuan kecemasan.

Bertitah merasmikan kursus Penyelamat dan Bantuan Kecemasan Anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, baginda berharap sekurang-kurangnya seorang dalam setiap keluarga mendapat sijil teknik bantuan kecemasan cardiopulmonary resuscitation (CPR) bagi serangan jantung.

Mengenai kursus hari ini, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah 200 imam dan pegawai masjid seluruh negeri menghadiri kursus sehari itu.

Kursus itu memberi peluang kepada peserta melakukan teknik CPR, perawatan mangsa tercekik, luka dan terbakar serta cara merawat kepatahan pada peringkat awal sebelum bantuan profesional tiba atau dibawa ke hospital.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pengerusi Malaysian Association of Trauma and Emergency Medicine, Datuk Seri Abu Hassan Asaari Abdullah.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan