Bas henti-henti beroperasi di Perlis 30 Jun
23 Jun 2015
KANGAR - Perkhidmatan bas henti-henti untuk rakyat di Perlis akan
beroperasi sepenuhnya mulai 30 Jun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa
Pengangkutan Negeri, Datuk Sabry Ahmad.
Katanya kos operasi ditanggung oleh kerajaan pusat yang melantik anak syarikat Mara, Mara Liner untuk memberi perkhidmatan selama lapan tahun.
"Rakyat bagaimanapun masih perlu membayar tambang yang murah berbanding perkhidmatan bas lain," kata Sabry.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang makanan sempena Ramadan kepada golongan miskin dalam Dun Santan yang diwakilinya di Masjid Paya, dekat sini, hari ini.
Beliau menjangka seramai 50,000 pengguna di seluruh negeri khususnya pelajar akan menggunakan perkhidmatan tersebut.
Katanya Mara Liner menyediakan 50 buah bas manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilantik memantau perkhidmatan termasuk ketepatan masa untuk mendapat keyakinan rakyat agar terus menggunakannya.
Selain beroperasi mengikut jadual dan laluan ditetapkan, laluan utama Kangar-Arau, Kangar-Kuala Perlis, Kangar-Padang Besar dan Kangar-Ayer Hitam (Kedah) akan dilalui setiap setengah jam sekali, kata Sabry.
Beliau berkata Stesen Bas Ekspres Bukit Lagi di pusat bandar Kangar dijadikan pusat perhentian.
Perhentian pertukaran lain ialah di Padang Besar, Bukit Temiang, Masjid Gial, Stesen Keretapi Arau, Simpang Empat, Kuala Perlis, Kangar, Sanglang, dan Ayer Hitam, tambahnya.
Menurut Sabry perkhidmatan ke pusat rekreasi seperti Wang Kelian dan Sungai Batu Pahat beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja manakala rancangan-rancangan Felda turut termasuk dalam rangka laluan bas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan