50 bas henti-henti mula beroperasi
24 Jun 2015
PADANG BESAR - Sebanyak 50 bas henti-henti akan mula beroperasi di
negeri ini bagi menampung keperluan kira-kira 30,000 pengguna yang
memerlukan perkhidmatan itu mulai 30 Jun ini.
Exco Pengangkutan negeri, Datuk Sabry Ahmad berkata, Mara Liner telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi menjalankan operasi itu mengikut jadual yang ditetapkan meliputi seluruh laluan di Perlis.
Menurutnya, perkhidmatan itu ditanggung oleh kerajaan persekutuan sementara pengguna hanya perlu membayar tambang yang murah berbanding perkhidmatan bas lain.
“Perkhidmatan bas ini berjadual tetap, laluan utama setengah jam sekali manakala biasa sejam sekali, pihak SPAD akan memantau perkhidmatan ini supaya berjalan mengikut jadual bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa perkhidmatan bas henti-henti ini merupakan perkhidmatan yang menepati masa.
“Tidak seperti mana bas henti-henti yang dijalankan oleh pihak swasta dahulu kerana ia mengikut keadaan keperluan semasa setelah mereka terpaksa menanggung kos tapi perkhidmatan ini kerajaan yang tanggung sekali gus memberi satu tawaran belanja yang cukup berpatutan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada penduduk kurang kemampuan di Dun Santan di Masjid Paya di sini, semalam.
Turut hadir ke majlis itu, Pengerusi JKKK Paya Besar, Abdul Rahim Md Nor.

Sabry yang juga merupakan Adun Santan berkata, 50 bas henti-henti itu akan berpusat di Stesen Bas Ekspres Bukit Lagi, Kangar dengan sembilan perhentian pertukaran iaitu di Padang Besar, Bukit Temiang, Masjid Gial, Stesen Keretapi Arau, Simpang Empat, Kuala Perlis, Sanglang dan Ayer Hitam.
Katanya, perkhidmatan bas setengah jam sekali itu melibatkan laluan utama Kangar-Arau, Kangar-Kuala Perlis, Kangar-Padang Besar dan Kangar-Ayer Hitam.
“Selain itu, Mara Liner turut menyediakan perkhidmatan bas ke pusat rekreasi di negeri seperti ke Gua Kelam dan Sungai Batu Pahat ini tiga kali seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Perkhidmatan di negeri ini menjadi perintis kepada projek seumpama ini di seluruh negara dengan lapan tahun tempoh percubaan.
"Saya sangat berharap perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada penduduk termasuk pelajar khususnya,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 580 penduduk kurang kemampuan termasuk ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), anak yatim, warga emas di 25 cawangan di Dun berkenaan menerima sumbangan yang diserahkan secara berperingkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan