Sabtu, 25 Januari 2014

Ditinggal ditandas Masjid


Mayat Bayi Cukup Sifat Ditemui Di Tandas Masjid 

 

KANGAR – Jemaah wanita menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam bilik air wanita di Masjid Alwi Kangar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abd Rahman Noordin berkata, pihaknya mendapat maklumat kira-kira jam 7 pagi daripada jemaah masjid.

“Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan bersih dan sudah meninggal dunia.

“Kita percaya, dia dilahirkan dan dibersihkan di tempat lain sebelum diletakkan di bilik air nombor enam tandas wanita,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.




Selasa, 21 Januari 2014

Ops Harga Pasar Tani Sena




Ops Harga: Lapan peniaga bakal didakwa

 


PARA pegawai penguat kuasa PPDNKK Perlis membuat pemeriksaan harga sempena Ops Harga 2014 di Pasar Sena di Kangar, Perlis, semalam.
 
KANGAR 20 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri ini mengeluarkan saman ke atas lapan peniaga dalam operasi harga barangan (Ops Harga) 2014 yang diadakan di negeri ini hari ini.

Pengarahnya, Khairul Amin Talib (gambar) berkata, lima peniaga akan didakwa kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 manakala tiga lagi kesalahan disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Kesemua peniaga ini akan dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin selepas siasatan lengkap dijalankan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai operasi itu di Pasar Sena di sini hari ini.

Yang turut hadir, timbalannya, Razali Lebai Salleh.

Khairul Amin berkata, pihaknya juga sebelum ini telah menjalankan pemeriksaan ke atas 168 premis sempena Ops Harga itu.

"Pemeriksaan dijalankan di empat buah pasar iaitu Pasar Sena, Pasar Kuala Perlis, Pasar Burma di Kuala Perlis dan Pasar Simpang Empat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah merampas barangan bernilai RM2,004 sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu katanya, sebanyak 18 pegawai penguat kuasa dan 10 pemantau harga terlibat dalam Ops Harga yang dijalankan hari ini.

Khairul Amin berkata, pihaknya mendapati peniaga masih berdegil dan tidak meletakkan tanda harga sekalipun menyedari ini merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah.

Menurutnya, pihaknya percaya ini adalah salah satu dari taktik untuk mengelirukan pengguna.

"Jika tiada tanda harga maka mereka (peniaga) mudah untuk menaikkan harga dengan sesuka hati bagi mendapat keuntungan berlipat kali ganda," katanya.

Tambah beliau, sempena dengan Ops Harga ini pihaknya akan terus mengeluarkan saman ke atas peniaga yang degil supaya dapat didakwa selain menjadi satu pengajaran.






Barang Naik


Kerajaan campur tangan jika mekanisme harga barang tidak berfungsi dengan baik - PM

PUTRAJAYA: Kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barangan pada masa ini tidak berfungsi dengan baik bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga barang yang tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) boleh memainkan peranan menjual sayur dan ikan pada harga lebih rendah, yang sudah dilaksanakan pada masa ini.



Semua MAHAL......OOoooooo

Cerita Teladan


Lampias nafsu dalam kereta



Anggota polis memeriksa kenderaan pasangan yang ditahan.

KULIM - Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.


"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.

"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. 


Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. 





Kantoi.......sib baik kena halau je









Cerita Teladan


 
Pelajar dituduh berzina dengan guru
 

  • Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.
PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,”
katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan  waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya.

















Cerita Teladan


Tiduri isteri kawan sendiri

GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.






Tutup Stesen Minyak

 
 
KPDNKK arah stesen minyak tutup

ARAU - Sebuah stesen minyak di sini diarah tutup Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis selepas berdegil menjual minyak subsidi kepada penyeludup minyak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Razali Lebai Salleh berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan berkuat kuasa kelmarin (Jumaat) sehingga siasatan selesai.

Katanya tempoh penutupan stesen minyak itu bergantung kepada ibu pejabat KPDNKK di Putrajaya.

“Paling cepat ia boleh dibuka semula adalah minggu depan namun semuanya bergantung kepada Putrajaya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Razali menjelaskan, sebelum ini pihaknya telah membuat risikan selama tiga hari ke atas stesen minyak tersebut setelah menerima aduan orang ramai.

Hasilnya, didapati berlaku kegiatan menjual minyak kepada kenderaan yang dipercayai menyeludup minyak pada awal lagi.

Semasa penjualan, lampu di stesen minyak tersebut dimatikan bagi mengelak pandangan orang ramai.

“Saya akan syorkan kepada pihak kementerian dan juga syarikat petroleum untuk mengambil tindakan yang tegas supaya menjadi pengajaran kepada pengusaha  stesen minyak lain di negeri ini.

“Selain itu kita berharap selepas ini, mereka tidak bersubahat dengan sindiket yang menjalankan aktiviti menyeludup minyak keluar ke luar negara kerana aktiviti ini menyebabkan kerugian yang cukup banyak kepada kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, arahan penutupan stesen minyak tersebut adalah mengikut Perkara 12A, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana gagal mematuhi arahan pengawal.






3 beradik GAGAL


Tiga beradik gagal seludup benih kerang 

Sebanyak 191 guni benih kerang yang dirampas anggota UPP Perlis.


KANGAR - Tiga beradik ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis apabila cuba menyeludup enam tan benih kerang bernilai kira-kira RM382,000 ke Thailand, semalam.

Pemangku Komander UPP Perlis, Asisten Superintendan Bahari Ahmad berkata, ketiga-tiga beradik berusia 18, 22 dan 25 tahun itu ditahan ketika hendak berhenti makan selepas memasuki plaza tol Alor Setar (Utara) dengan sebuah lori.

Katanya, semasa ditahan pada jam 2.45 petang itu, terdapat sebanyak 191 guni berisi benih kerang di dalam lori terbabit.

“Penahanan mereka dibuat selepas anggota UPP membuat intipan dan mengekori lori berkenaan dari Kedah sejurus menerima maklumat daripada orang awam.

“Seorang dari mereka bertindak sebagai pemandu lori manakala dua lagi sebagai kelindan dan mereka yang berasal dari Perak ini mengaku hanya menerima upah sebanyak RM600 untuk menghantar benih kerang itu ke Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam,” katanya kepada pemberita di Kompleks UPP Kuala Perlis, di sini semalam.

Bahari berkata, benih kerang dari negara ini sangat berkualiti dan berikutan itu ia mendapat permintaan yang sangat tinggi dari negara jiran.

Menurutnya, permintaan yang tinggi itu membuatkan rakyat negara ini mencuba nasib menjual benih kerang itu ke Thailand.

“Benih kerang yang dipercayai diperoleh dari Kuala Sepetang, Perak itu mampu mencecah harga sehingga RM2,000 bagi setiap 30 kilogram di pasaran Thailand.

"Kes diserahkan kepada Jabatan Perikanan di bawah Peraturan 9 (2) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultura Kerang) 2002 untuk tindakan lanjut," katanya. 








Seludup Benih


UPP Kuala Perlis patah cubaan seludup benih kerang



KANGAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup benih kerang bernilai RM382,000 ke negara jiran.

Pemangku Komander UPP Perlis, Asisten Superintenden Bahari Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan menahan sebuah lori kira-kira jam 2.45 petang Selasa di Plaza tol Utara, Alor Setar.

Hasil pemeriksaan, seorang pemandu dan dua pembantu berumur antara 18 hingga 25 tahun ditahan bersama 191 guni berisi benih kerang.

Tambahnya, guni-guni benih kerang tersebut dipercayai dibawa dari Kuala Sepetang, Perak untuk dijual ke negara jiran.

Bercakap kepada media di Kompleks UPP, Kuala Perlis dekat sini hari ini, Bahari berkata setiap guni yang dirampas berisi kira-kira 30 kilogram benih kerang dan harga di pasaran lebih RM2,000 setiap guni.

Benih kerang tersebut diserahkan kepada Jabatan Perikanan. - Bernama






















Bertembung


Ambulans, kereta bertembung




Seorang anggota polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan.

KANGAR - Sebuah ambulans yang membawa pesakit diabetes bertembung dengan sebuah kereta di simpang empat lampu isyarat di Behor Lateh, dekat sini,  semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supernitendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi semalam, seorang waris yang mengiringi pesakit dalam ambulans itu patah tangan kiri, namun pesakit tersebut serta seorang lagi warisnya hanya cedera ringan.

Menurutnya, pemandu ambulans dan seorang lagi kakitangan Hospital Tuanku Fauziah yang mengiringi pesakit tersebut turut cedera ringan.

“Manakala pemandu kereta jenis proton Saga terbabit juga cedera ringan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kata Ismail, ambulans itu dipercayai dari arah Simpang Empat dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah dan kereta tersebut pula dari Gunung Medan ke Kuala Perlis.

Menurutnya, akibat salah faham dan sikap pemandu yang kurang peka terhadap siren ambulans, kedua-dua kenderaan tersebut bertembung.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. 







 

Cederakan Guru


Pelajar dibebas dengan jaminan polis

  •  
  •  
  • 4 Januari lalu.
KANGAR - Pelajar tingkatan lima yang dituduh mencederakan seorang guru lelaki menggunakan kerambit pada hari pertama persekolahan dibebaskan dengan jaminan polis, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron berkata, suspek dibebaskan selepas tahanan reman terhadapnya tamat setelah empat hari disoal siasat polis sejak Jumaat lalu.

“Bagaimanapun suspek akan dituduh di mahkamah tidak lama lagi selepas selesai laporan perubatan guru terbabit oleh pihak hospital.

“Suspek tidak dituduh hari ini kerana pihak polis perlu menunggu laporan berkenaan selain laporan lengkap dari pihak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan lanjut mengenai kes pelajar itu, di IPK Perlis, semalam.

Suspek yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis ditahan di rumahnya di Kuala Perlis pada kira-kira pukul 1 pagi (Jumaat) selepas enggan menyerah diri selepas kejadian.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Dalam kejadian pukul 7 pagi Khamis lepas, pelajar terbabit dikatakan marah selepas guru berkenaan yang memeriksa pintu masuk sekolah menegurnya kerana menggayakan rambut ala ‘punk’ dan mewarnakan rambut.

Selepas ditegur, pelajar itu pulang ke rumah dan datang semula ke sekolah dengan ibunya untuk bertemu dengan guru tersebut sehingga berlaku satu pertengkaran.

Pelajar itu bertindak menyerang guru berkenaan menggunakan kerambit sehingga mengakibatkan kecederaan di bawah mata kanannya dan terpaksa diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.





Wang Tidak SAH



Padah beri pinjam wang tidak sah



            Zull Aznam menunjukkan kad pembayaran serta perjanjian antara ah long dan pelanggan

 


Zull Aznam menunjukkan dokumen pelanggan yang membuat pinjaman ah long kepada pemberita.

  • KANGAR - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ah long dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Murni, dekat sini, Jumaat lalu.

    Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri kira-kira jam 10.30 pagi selepas menerima maklumat.

    Katanya, hasil serbuan dalam Ops cantas Khas Ah Long, polis menemui pelbagai jenis dokumen dan peralatan yang mengaitkan kegiatan suspek memberi pinjaman secara tidak sah.

    “Antara dokumen tersebut adalah perjanjian pinjaman pelanggan dengan suspek, selain rekod pembayaran peminjam.

    “Semasa rampasan dibuat terdapat lebih 80 pelanggan yang masih aktif membuat pinjaman kepada suspek, mereka ini terdiri daripada peniaga kecil selain individu yang telah disenarai hitam pihak bank,” kata beliau kepada pemberita di IPK Perlis, semalam.

    Zull Aznam memberitahu, suspek mengenakan faedah sebanyak 20 peratus dari kadar pinjaman dan peminjam hendaklah membuat pembayaran setiap hari atau minggu yang akan direkodkan suspek menerusi kad yang disediakan.

    Selain itu, katanya, pelanggan juga boleh membuat pembayaran dengan terus memasukkan wang ke dalam akaun bank suspek.

    “Suspek didapati aktif menjadi ah long hampir lima tahun lalu dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai basikal dan kafe siber miliknya.

    “Polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 pindaan 2011 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

    Tambah beliau, bagi kesalahan kali kedua, pesalah turut boleh dikenakan hukuman sebatan.

    Sementara itu, sepanjang 2013, polis Perlis merekodkan 175 kes penipuan seperti penipuan individu, gores dan menang dan skim cepat kaya dan lain-lain yang melibatkan kerugian lebih RM200,000.

    Justeru, Zull Aznam menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penawaran dan hadiah menarik oleh pihak tertentu selain berwaspada dengan peminjam wang tanpa lesen.








      

Agihan Zakat


Maips agih lebih RM3 juta tahun lepas
 

KANGAR - Sepanjang tahun lalu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan zakat berjumlah RM3,084,640 kepada 2,786 pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
   
Titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, agihan yang dikeluarkan serta-merta itu bertujuan meringankan beban pelajar terbabit dalam melakukan persediaan ke universiti.
  
MAIPs akan terus mengeluarkan bantuan seumpama kepada pelajar dan diharapkan penerima dapat memanfaatkan bantuan itu dengan bijaksana, titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs, di sini hari ini.
  
Baginda bertitah selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan persekolahan MAIPs kepada 135 pelajar asnaf.
  
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Khairi Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin dan Pengurus Baitulmal MAIPs Mohd Nazim Noor. - Bernama





Dadah berbahaya


Polis dituduh guna dadah




  • Mohd Shaibatul Asraf dibawa keluar dari mahkamah.
KANGAR - Seorang anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret hari ini selepas dituduh memasukkan  dadah dalam badan pada 24 Julai tahun lalu.

Mohd Shaibatul Asraf Ibrahim, 25, dari Selangor dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada kira-kira jam 4.30 petang.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine pada tarikh tersebut.

Tertuduh yang bertugas di bahagian MPV di IPD berkenaan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, Mohd Shaibatul Asraf boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali selain diwajibkan berada dalam pengawasan polis selama tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun.

Penolong Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan mahkamah membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM5,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam bela, Fatin Hayati Abdul Rahman merayu jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh masih bujang dan keluarganya tidak tinggal di negeri ini.

Majistret Norhayati Ibrahim membenarkan Mohd Shaibatul Asraf diikat jamin sebanyak RM3,000.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 20 Februari ini sebagai tarikh penyerahan dokumen.






Seludup Diesel


Gagal seludup diesel subsidi

  • Ruang dalam bot yang diletakkan tong berisi diesel untuk diseludup.
KANGAR - Seorang tekong bot dan dua awak-awak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) apabila cuba menyeludup diesel bersubsidi sebanyak 900 liter bernilai RM2,340 ke negara jiran, kelmarin.

Ketua Penguat kuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis, Leftenan Komander Maritim Shahrizan Raman berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan berusia 23 hingga 30 tahun itu ditahan di kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis dipercayai dalam perjalanan dengan sebuah bot nelayan kelas A ke perairan Thailand.

"Semasa bot ronda Maritim membuat pemeriksaan rutin terhadap bot-bot nelayan kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pihak kami mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke perairan negara jiran.

"Selepas memintas bot terbabit dan melakukan pemeriksaan, tiga nelayan berkenaan didapati membawa sebuah tong yang berisi minyak diesel disimpan di hadapan bot itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ketiga-tiga lelaki yang ditahan termasuk bot dibawa masuk ke Pangkalan Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Shahrizan berkata, selain kes penyeludupan minyak, Maritim juga memandang serius dalam usaha membanteras aktiviti pencerobohan nelayan negara jiran dan bot pukat rawa sorong serta aktiviti lain yang menyalahi undang-undang Maritim.

Sehubungan itu, Maritim meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini di talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim
Pangkalan Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.







6 Wanita Seludup Ketum ( Ayaq Biaq )

  Enam wanita seludup ketum
 

  •   Inspektor Fairiz Nawi menunjukkan daun ketum yang disembunyikan di dalam tayar simpanan kenderaan jenis Isuzu Dmax.
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  Tempat penumpang dan pemandu turut diletakkan daun ketum.

ARAU - Polis menggagalkan cubaan menyeludup 72 kilogram daun ketum bernilai RM2,880 dalam dua tangkapan berasingan di tepi jalan Kampung Banat, Arau Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Mohd Nadzri Hussain berkata, kira-kira jam 10.05 pagi, tiga wanita berusia antara 23 dan 35 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan  Sunny bernombor pendaftaran Thailand ditahan di jalan tersebut setelah polis bahagian siasatan jenayah narkotik Arau menerima maklumat.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, menemukan 545 bungkusan kecil daun ketum di bahagian bonet belakang kereta dan tersorok di bahagian kusyen penumpang depan dan belakang serta pemandu.

“Lima minit kemudian anggota narkotik tersebut menahan sebuah lagi kenderaan Thailand jenis Isuzu Dmax di jalan yang sama.

"Tiga wanita berusia antara 23 hingga 31 turut ditangkap selepas polis menemui 240 bungkus daun ketum seberat 24 kilogram di dalam kenderaan tersebut.

“Sebanyak 240 bungkus daun ketum itu disorokkan di dalam dash board, pintu belakang dan tayar simpanan kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, semalam.

Mohd Nadzri memberitahu, modus operandi penyeludupan daun ketum kini beralih kepada wanita bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan.

Tambah beliau, wanita-wanita ini mengakui mereka bersaudara dan datang ke negara ini untuk membeli barang dapur seperti telur dan minyak masak.

“Harga daun ketum yang tinggi di Thailand menjadikan kaum wanita pula berani menyeludup daun beracun ini setiap dua hari.

“Mengikut harga pasaran setiap kilogram daun ketum tempatan boleh diperoleh dengan harga RM20 dan mereka boleh menjualnya dengan harga RM40 di pasaran negara jiran,” katanya.

Jelas beliau, kesemua wanita ini akan ditahan reman dan pihaknya akan menyiasat kes mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.






Wanita Didakwa Bersuami Dua




Alahai............Pelik-pelik kebelakangan ini.....walaupun bukan di Perlis....tapi jangan
pandang remeh .




WAN AMIZAN (kanan) tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd. Razak membuat kejutan apabila memfailkan permohonan cerai terhadap ‘isterinya’ yang telah berkahwin dengan individu lain pada Disember tahun lalu.

Malah pada sebutan kes itu semalam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Pahang itu turut membuat satu lagi permohonan bagi membubarkan perkahwinan wanita itu Azma Azifazilla Azan, 28, dan suaminya, Rizal Md. Radzi, 40.

Wan Amizan, 42, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagi membubarkan perkahwinan pula, Wan Amizan yang diwakili peguam syarie, Anita Arifin dan Mohamed Isa Abd. Ralip memfailkan permohonan mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.






Jepun Hambat Anuar Ibrahim




Narita Airport - Jepun






KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Imigresen Jepun mengesahkan tindakan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu kelmarin kerana Ketua Pembangkang Malaysia itu telah melanggar Perkara 5 (4) Akta Kawalan Imigresen dan Pengesahan Pelarian negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, bagaimanapun pihak berkuasa Jepun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai alasan tindakan tersebut kepada Wisma Putra.

Perkara 5 (4) akta tersebut menjelaskan, seseorang yang telah disabitkan atas suatu pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan Jepun, atau mana-mana negara lain dan telah dijatuhi hukuman penjara dengan atau tanpa kerja selama satu tahun atau lebih, atau suatu penalti yang setara adalah dilarang memasuki negara itu.

Bagaimanapun, ia tidak terpakai bagi mereka yang disabitkan dengan kesalahan politik.

"Setiap negara mempunyai kedaulatan dalam menafikan sebarang kemasukan seseorang dalam negara jika pihak berkuasa imigresen menganggap orang itu tidak diingini.

"Dalam kes sebegini, tidak ada kewajipan untuk pihak berkuasa imigresen negara itu untuk menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pada Ahad lalu, Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada pukul 6.46 pagi dari Kuala Lumpur tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa imigresen negara itu.

Anwar kemudian dimaklumkan supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang ke Kuala Lumpur atau berhadapan tindakan pengusiran.

Beliau bagaimanapun memilih untuk memberikan kerjasama dengan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.

Beliau berlepas ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi Pengerusi Yayasan Nippon, Yohei Sasakawa bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.

Sehubungan itu, Anifah menafikan sebarang penglibatan kerajaan Malaysia berhubung tindakan Jepun ke atas Anwar.

Katanya, Kedutaan Malaysia di Jepun telah membuat pertanyaan kepada pihak berkuasa negara itu berhubung insiden tersebut selepas Anwar menuduh Wisma Putra campur tangan dalam isu berkenaan.

Jelas beliau, berdasarkan penjelasan pihak berkuasa Imigresen Jepun, Anwar dihalang masuk ke negara tersebut kerana Jepun mendapati Ketua Pembangkang itu sebagai 'orang yang tidak diingini'.

"Adalah tidak masuk akal untuk mengaitkan Wisma Putra mahupun saya mempunyai pengaruh terhadap kedaulatan sesebuah negara atau memberi arahan kepada Jepun. Kami tiada kena-mengena," ujarnya.
Beliau juga berkata, Wisma Putra telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi mendapatkan penjelasan tersebut namun diberitahu ia bukan kerana orang itu adalah Anwar tetapi kerana dia rakyat Malaysia.

"Tidak kisah jika orang itu daripada kerajaan atau pembangkang mahupun apa sahaja parti politik kerana pada kami, Anwar ialah seorang rakyat Malaysia," katanya.



ALZA 2014 - Baru




Tahun Baru - Cita Rasa Baru

Negara Aman katakan ......x da malapetaka juga peperangan

Pilahlah sebijik





Tuah Tahun Baru


Tuah Tahun Baru.........Barangan Naik......bermula dari tahun lepas lagi.

Semua naik ..........dari barangan dapur sehingga upah service kereta motor....hehehe



Apo dayo......apo ank di katooooo

Yang tak naik dan turun di Perlis ialah...........HUJAN. Lama dah panas. Alhamdulillah

Panas pun Allah yg punya.


Kerajaan menjadi sedikit kecemas ( panik ) dengan kenaikan mendadak.......akhir nya ramai
turun padang termasuk KJ ( Khari Jamaludin )......apapun baguslah juga.

Harga Proton SV laris kerana turun
Produa bermula dengan VIVA ......diskaun RM3000 dan 3 Tahun servis + alat ganti + 6% tax percuma

MYVI ........... diskaun RM2500 dan 3 Tahun servis + alat ganti + 6% tax percuma

ALZA........diskaun RM1500 dan 3 Tahun servis + alat ganti + 6% tax percuma

Tidak tahu lah ........dengan ALZA BARU yg canggih tu.

HARAP JANGAN TERJAH TERUS DENGAN LYTAX PERLIS KERANA

ANDA AKAN DISYORKAN SERVIS YANG BUKAN - BUKAN.

TAPI JIKA ANDA X KISAH DENGAN DUIT ANDA YG BERLAMBAK ....SILAKAN.

 


Tahun Baru ......Yang Sayu


Tahun Baru Yang Sayu luar dari Perlis.......tapi apapun masih lagi dalam Malaysia.
Banjir hampir separuh Malaysia yang kena......dibayar saguhati sebanyak RM3750.00 / keluarga
termasuk TV LCD 32" , Peti Sejuk 2 pintu . tilam satu dan lain...lain.

Tanah runtuh

Lemas di Mukah dan Pulau Pinang

Dan seludupan dadah yg masih lagi aktif dari luar negara ( PDRM Cekap - Mangsa Tumpas )


Apapun suhu dunia dan bencana alam hampir sama.

Pergolakan Politikpun sama ....contoh jiran terdekat ialah Thailand.

2013 dah berlalu



Lama aku x tulis.......hampir 6 bulan lamanya.