Selasa, 28 September 2010

Rumah Terbuka Putrajaya

Rumah Terbuka Putrajaya Erat Silaturahim

 

PUTRAJAYA, 24 Sept. – Mengambil sempena keberkatan Aidilfitri, UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan sambutan rumah terbuka bagi merapatkan ukhwah dan silaturahim di kalangan anggota masyarakatnya.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan menyatakan bahawa sambutan tersebut bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran tetapi juga adalah untuk menghargai para penduduk dan masyarakat tempatan.
“Majlis ini diadakan bagi membolehkan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, bersama meraikan Aidilfitri sambil mengeratkan silaturahim dan beramah mesra dengan pemimpin setempat,” katanya kepada umno-online.com ketika ditemui dalam majlis tersebut.
Katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO, kita mahu rakyat turut menikmati apa yang telah diusahakan.
“Kita juga mahu hubungan baik antara pemimpin dengan akar umbi akrab kerana kita sedar ia akan membantu mempermudahkan usaha memastikan kelestarian kawasan ini,” katanya.
“Majlis ini diadakan bagi membolehkan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, bersama meraikan Aidilfitri sambil mengeratkan silaturahim dan beramah mesra dengan pemimpin setempat,”
Beliau seterusnya menambah perpaduan dan persefahaman mantap antara pemimpin dan rakyat membolehkan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lancar khususnya dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan berterusan.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tengku Adnan diadakan di kediaman beliau yang terletak di Presint 10, Putrajaya dikunjungi masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam majlis tersebut juga beliau dan isteri mengambil kesempatan beramah mesra bersama rakyat setempat.
Pengunjung telah dihidangkan dengan pelbagai aneka juadah tradisi Aidilfitri termasuk, lemang, ketupat dan rendang selain kuih muih. – MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan