Raja Muda kunjungi majlis rumah terbuka
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai kira-kira 10,000 orang yang mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji, Jefperi Othman di sini, semalam. Arau 19 September 2010.
Baginda diiringi isteri, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke majlis yang diadakan di pekarangan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) A-1 Arau itu.
Raja Muda dan Raja Puan Muda turut menunjuk bakat menggoreng kuetiau dalam kuali besar sambil dibantu oleh tuan rumah, Jefperi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah negeri dan isterinya, Suraida Ahmad.
Rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama petani, peladang, penternak dan nelayan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Mansor Jusoh, Sabry Ahmad, Abdul Jamil Saad dan Dr. Por Choo Chor serta Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan