Selasa, 28 September 2010

Aidil Fitri - UMNO

Aidilfitri Lambang Keharmonian Kaum


SIPITANG: Persafahaman yang terhasil dari hormat-menghormati antara rakyat pelbagai kaum dan anutan agama yang berbeza merupakan keistimewaan yang dimiliki di negara ini.
Keistimewaan ini juga memperlihatkan betapa rakyat mahu keharmonian dan kemakmuran yang berpanjangan dan berterusan.

Kehadiran rakyat pelbagai kaum dan agama yang berbeza pada majlis rumah terbuka UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Dewan serbaguna Sipitang bukan sesuatu yang menghairankan.
Sebaliknya memperlihatkan tebalnya semangat perpaduan dan persafahaman rakyat. Hakikat inilah juga yang diakui oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Sipitang
Belliau berkata kehadiran rakyat pelbagai kaum dab anutan agama yang berbeza melambangkan perpaduan dan persafahaman yang tebal di kalangan rakyat.

“Rasa hormat di kalangan kita membolehkan kita meraikan perayaan seperti aidilfitri bersama-sama,”.
Rumah terbuka aidilfitri Umno dan BN Sipitang itu dihadiri lebih 2000 orang dan yang menariknya pelancong dari negara jiran turut hadir.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah ADUN Lumadan, Kamarlin ombi, ADUN Sindumin Ahmad Bujang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Ketua Pemuda UMNO Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri UMNO Sipitang Dayang Maimunah Sidek serta Ahli Jawantankuasa UMNO Sipitang. – MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan