Jumaat, 6 Mac 2015

Meninggal Dunia


Ibu Exco Perlis meninggal dunia
 
 
 
PADANG BESAR - Ibu kepada Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Datuk Sabry Ahmad, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.


  





Datuk Sabry Ahmad , 62 ( berjubah puteh )
 
Menurut Sabry, 62, Allahyarham ibunya, Bon Othman, 87, dimasukkan ke HTF selama lima hari kerana menghidap asma di samping sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira 2.30 pagi ini.
  
Beliau berkata, jenazah ibunya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Ngulang dekat sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran rumahnya pada 11.10 pagi.
  
Allahyarham meninggalkan suami, Ahmad Ismail, 87, tiga orang anak termasuk Sabry anak bongsu dan dua abangnya, Bakri, 65, dan Rahim, 67, serta 15 cucu dan 14 cicit.
  
Isteri Menteri Besar Perlis, Datin Seri Noraswana Omar mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang berada di Kuala Lumpur dan anggota Exco negeri adalah antara orang yang menziarahi Allahyarham.




Al_Fatihah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan