Rabu, 31 Julai 2013

TNB tambah lampu


Lampu TNB




KANGAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah 4,000 unit lampu jalan di 320 buah kampung bagi meningkatkan keselesaan penduduk negeri ini, kata Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli.

Tambahan lampu jalan itu yang siap baru-baru ini dibuat berdasarkan keperluan penduduk dan diluluskan Unit Pentadbiran Daerah (UPD) Perlis, katanya kepada para pemberita pada program Ihya' Ramadan TNB peringkat negeri di Masjid Al Ghafor, Padang Lati dekat sini malam tadi.

Katanya program pemasangan lampu jalan di kawasan-kawasan kampung telah lama dilaksanakan di seluruh Perlis dan pemasangan 4,000 unit lampu itu yang siap sepenuhnya Mei lalu sudah pasti meningkatkan keselesaan penduduk.

Sempena majlis itu, TNB turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 50 warga tua dan anak yatim di sekitar kawasan Padang Lati di samping menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM2,000 kepada masjid itu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis, Sabry Ahmad, Pengurus Besar TNB Perlis, Ir Shaharenam Mukhtar dan pemimpin-pemimpin masyarakat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan