Selasa, 28 September 2010

Drama & Filem Di Perlis

KIAH PEKASAM 

Ditayangkan pada APRIL 2010 .Drama komedi ni dok tayang dalam Astro Warna. 
Cerita yg buat kat Perlis. Dialek perlis.
Berlatar belakangkan negeri kelahiran kita, Perlis Indera Kayangan....


Diteraju oleh Rozita Che Wan sebagai Kiah, janda cun yang balik ke kampung selepas diceraikan.
Sesuai ditonton untuk relaks. Tak memberatkan kepala hotak..







Kiah Pekasam juga shooting kat Nat Pokok Getah, Pauh....pakat ramai pengunjung nat tu dok kerumun janda cun ni...



Bercakap pasal drama ni, nak cite sikit pasal Pekasam Perlis.

Pekasam Perlis ni lain sikit dari pekasam tempat lain. Pekasam original Perlis biasanya menggunakan ikan sungai (ikan darat) yang kecik. Contohnya, ikan sepat, ikan puyu, ikan lampam dan ikan pipi merah. Warna pekasam Perlis gelap sedikit berbanding dengan pekasam tempat lain....

 

Tengok pekasam ni...selera sungguh Pak Mat...tapi tengok Kiah Pekasam .... lagi la Pak Mat berselera....
 







Cerita Kiah Pekasam....depa shooting kat Perlis...






 Agak menarik dan santai walaupun ada kemunculan pelakon yang baru pertama kali beraksi.
Sayang sikit, Azza elite tuh tak berapa nak menjadi.. mcm dia buat buat...
Kawasn Azza elite tu..mcm pondan tu...org Perlih ka...tu jantan ka pompuan...pelakon ka dia...x penah tgk pn...

Salah satu komen member - Uih tiktaw pulak belakon kat perlis. Walaupun amik warna tapi tik penah tengok cerita ni. Kehadiran rozita che wan membuatkan daku bernafsu untuk menonton kiah pekasems

 - ehehe ke tengok lakonan anak and the geng pak nan . takpa lakonan baguih ada potensi lagi tuh
    dulu mungkin takda peluang tunjuk bakat ooo
 - tengok anak juga le.  masa kecik tak tunjuk pun bakat tu bila dah besaq masuk tv pulak.
 - Ish pakaian depa ni....kalau terangkat sikit...boleh nampak pekasems depa la....
 - ishhh...harammmm...anak pak nan belakon gak ka? Yg mana satu? Jom layan Kiah Pekasam mlm ni.....
 - ( yang pegang watak lijah tu )
 - cita best lakonan anak negeri kita ooo best 2 thumb up
 




HABIS DAH KA CERITA NIH...........Ending macamana ?





MERAH PUTEH

Karya oleh chonz30 ( nickname di AP.COM ) dan diceritakan serta dihebohkan kepada warga Perlis
bermula pada January 05, 2009, 01:59:56 AM.

Siapa chonz30? Beliau ialah seorang bernama Mohd Rohizan Ramli , lelaki , KL / Malaysia , hobi menulis.

 AVATAR beliau ialah  

Lagi tentang Anak Seni dari Perlis ini ialah :

Tarikh Lahir: 06/01/1978
Hobbies and Interests: menulis
Status: Single
Interested in Meeting People for: Friends
Current Mood: NULL
Favorite Music: NULL
Favorite Book: NULL
Favorite Movie: NULL
Alamat:
01-10-06
Apt Taman Cheras Utama
56000 Cheras
Bandar:
Kuala Lumpur
Tempat Asal:
Beseri Perlis
Negara:
Malaysia
Contact No.:
012-2408241
Tempat bertugas:
Freelance - Penulis Skrip
Sekolah Rendah:
Sek. Ren, Keb. Seri Tunjung (Beseri)
Sekolah Men.:
Sek. Men. Tengku Sulaiman (Beseri)
Kolej:
Kolej Sultan Abdul Hamid (Alor Setar)
Universiti:
UiTM Arau



 KARYA BELIAU
Akan datang ke TV3 Mulai march 2009 . Karya terbaru tulisan skip oleh saya.


Drama Merah Putih untuk slot Legenda TV3 yang akan memulakan penggambaran Februari ini.

Drama terbitan Radious One Sdn Bhd ini, Merah Putih diangkat daripada kisah rakyat Bawang Putih Bawang Merah, namun ia dipermodenkan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

“Antara kelainan yang ditonjolkan dalam Putih dan Merah mengisahkan dua beradik tiri lelaki yang menyayangi antara satu sama lain. Watak itu dijayakan Wan Elias dan pendatang baru, Zahiril Adzim.

“Meskipun banyak perubahan dilakukan, tapi masih mengekalkan elemen Bawang Putih Bawang Merah seperti cinta tiga segi, tasik, ikan kaloi serta kuasa magis.

Gambar pengarah (isma yusoff) dan artikel keratan akhbar.  Grin Grin

CERITA ASAL ADALAH IDEA ISMA(PENGARAH) dan EZAD (PENERBIT)

Salam dari Rohizan atau dikenali sebagai JAI(PENULIS SKRIP)
Agak terkejut juga kami membaca artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo semalam (18 Okt 2009) apabila kami mendapat tahu Isma Yusoof (kini mahu dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof) pernah terlibat dengan dadah. Yer la, kami langsung tak expect pelakon dan pengarah berbakat besar ni boleh tersimpang jauh sampai ke situ.
Walau bagaimanapun, kami tabik spring kat beliau sebab sanggup menanggung risiko dengan membuat kenyataan media mengenai perkara ini dan nekad untuk berubah. Jika itu yang dikatakan, baguslah dan kami harap sangat yang ianya bukan janji kosong semata-mata.

KOMEN PEMINAT :

- 2 3 hari lepas ada tgk Ip Man... cerita kung fu tapi byk selit semangat patriotik bangsa cina... kretifnya depa adun hiburan + semangat patriotik + ideologi confucianism...
bila la kita nak terbit idea buat cerita2 mcm tu?... maaf cakap la balik2 bawang puteh bawang merah tu pun lepas yg indon punya versi meletup...  Grin 

- salam,saja nak tau..sapa owner radiusone ni?

- apa kata offer kat semua bebudak perlis belakon,baik pompuan baik jantan cantik-cantik dan hensem2 belaka lebih2 lagi geng AP.com genakata?Selamat berkarya.

- Sebelum ni aku tak miss tengok slot Lagenda...Tp Merah dan Putih aku cuba juga tengok lah semalam kot2 best...Tak best langsung...dgn pelakon muka baru...

- cakap teruih terang .. senang sikit.. jalan cerita tak clear ka?.. messege tak sampai ka?..anti climax kaa?.. pelakon kaku ka?.. cakap ketaq-ketaq... ka?.. alaaa.boh pi la apa yang nampak.. masa menonton.. pelakon tak cun ka?.. hantam saja la.. janji justify.. kita punya pandangan.

 - Al - Razzi  . chonz30,
Anda sebutkan bahawa "Merah Putih" adalah tulisan skrip oleh anda.
Saya berminat serta ingin tahu bagaimana skrip untuk drama TV ditulis.
Saya belum pernah melihat bagaimana sesebuah skrip ditulis.
Jika tidak menyusahkan sdr, harap dapat sdr chonz30 perturunkan
contoh atau sedutan sebuah skrip drama TV ataupun filem agar ia dapat
memberikan kefahaman kepada orang macam saya.

- Ennazri . nak kritik tak berani .. nak komen pasal merah puteh pon tak berani sebab saya bukan jenih tengok tv. tengok spongebob saja ngan jimi neutron saja.
mungkin apa yang saya nak kata nie bole dishare sket la.
skang nie saya dok layan cita LOST. dari segi kelakuan/watak cita sangat menarik. bukan hanya takat hero heroin saja. setiap pelakon ada jiwa, dan membuatkan penonton nak tau watak/history setiap pelakon, tak kisah la jack ke, hurly, sayed, chalote, dan faraday, myers etc.
dan dalam kebanyakan episode, kawan kawan yang tengok mesti akan kata WTF, asal jadik gutu gini.. dajes toi .. tak pueh hati aih pasai pa dia wat camni .. habis je satu episode, tak sabaq nak tunggu minggu depan nak tengok yang baru.
jenis "feel" macam nie jarang benar kita jumpa dalam cita malaysia. kalau sedara chon bole hasilkan cita macam nie, saya sangat kagum. apantah lagi dari kalangan AP.
anyway chon, buatlah yang terbaik .. mana tau nanti sambil dok berkotak gebang depan tv sambil tengok anugerah tv apa apa ka .. nama chonz naik plak .. mau kecoh satu  KG.

- Berapakah jumlah yang biasanya dibayar bagi sebuah skrip drama TV?


 
 JAWAB :

owner radiusone adalah Ezad dan fazli..

saya ada buat cerita tentang SILAT bertajuk (HUJAN BATU), itulah masalahnya di malaysia ni bila pelakon nampak macam tak popular, cerita tak boleh meningkatkan rating , karya saya terus terbengkalai....Hujan batu adalah menceritakan simbolik kepada perpatah hujan emas dinegeri orang lebih baik hujang batu di negara sendiri, saya buat seni mempertahankan diri moden memang hebat tapi silat lebih sesuai dengan budaya melayu...

yang ada unsur hiburan,pelakon popular,yang mungkin rating tinggi cepat je lulus proposal saya tu ...

habis nak buat macam mana...nak memenuhi periuk nasi saya terpaksalah ikut kehendak pasaran, walau pun ada drama yang saya tulis sendiri pun saya tak berapa suka.. akhir sekali bila saya nak puaskan diri, saya tulis novel dan akan jual sendiri itulah nukilan sebenar saya..(tunggu kemunculan novel saya nanti)... TULIS TERBIT SENDIRI..hee,...heee...

Oh ya ke, tak best?, tak apa...para pelakon adalah pemilihan penerbit, tugas saya hanya menulis...
tak apa, saya akan perbaiki mutu tulisan yang akan datang...
terima kasih atas komen anda.

saya tak terkilan pun... Grin Grin . itulah tujuan saya minta komen, sekurang2 nya saya tahu apa kelemahan saya dan apa yang penonton suka...   ok je... Grin Grin
sedang sibuk menulis untuk SUHAN MOVIE bertajuk "masih ada yang sayang" untuk RTM sebanyak 26 episode. terima kasih Grin 

kepada en ennazri...jika nak dibandingkan dengan drama hollywood dengan malaysia memanglah jauh berbeza. pertama dari segi badget.. Drama melayu biasanya hanya bermodalkan rm 20-30 ribu satu episode sedangkan badget drama hollywood boleh mencecah ratusan ribu ringgit untuk satu episode, sebab itulah drama melayu hanya boleh buat cerita yang biasa-biasa je.

saya ada cuba tulis cerita tentang dunia IT tetapi producer takut nak beli sebab bila mereka baca skrip saya pun dah takut ,banyak sangat prop yang mahal dan scene yang memerlukan CGI..jadi mau-tak mau untuk terpaksa buat cerita yang hanya mengikut kemampuan producer.

pada zaman P ramlee..mereka ada studio yang khas untuk buat Filem contohnya di jalan Ampas, berbeza pada masa sekarang yang tiada studio yang khas, nak shooting pun kena sewa rumah orang.

kepada alradzzi
, jika saudara berminat untuk jadi penulis, boleh sertai kursus di finas. Jika saudara alrazzi mahu contoh skrip saya boleh emailkan..nak post di forum ni terlalu panjang. email saya chonzstudio@yahoo.com.my   nanti saya replay

upin dan ipin kos nya adalah rm 4 juta, berbanding kos animasi luar yang makan badget berlipat kali ganda.
saya pun terpegun dengan upin dan ipin..skrip dia mantap walaupun badget kecil.
saya ada tengok drama bersiri LOST. Dia banyak guna teknik GREEN SCREEN. Drama tempatan belum ada lagi yang guna teknik green screen. Yang pernah guna teknik green screen buat masa sekarang hanyalah untuk filem dan video clip.Pada saya, Filem tempatan yang saya suka adalah nukilan YASMIN AHMAD. contoh terbaru adalah TALENTIME
Saya sebenarnya banyak juga tak puas hati dengan skrip yang saya tulis (jujur pulak dah)..sebabnya skrip saya biasanya selalu kena rombak oleh pengarah dengan alasan apa yang saya tulis tak dapat diadakan.
Biasanya Drama atau filem yang baik, pada pendapat saya lah. Penulis,pengarah adalah orang yang sama. Kalau penulis orang lain dan pengarah orang lain..sikit sebanyak hasil akan bercelaru maklumlah 2 kepala. Grin Grin

untuk pengetahuan alrazzi bayaran yang diterima ialah:

Drama bersiri 30 minit RM 500 - 800 untuk satu episode

Drama bersiri 60 minit RM 800 - 1200 untuk satu episode

Telemovie( 2 jam) RM 2500 - 5000

Filem (2 jam) RM 15 ribu hingga 30 ribu

Tapi nak dapat satu job agak sukar.. biasanya proposal kena tunggu sehingga setahun untuk mendapat kelulusan.

banyak peringkat sebelum skrip boleh dijalankan pengambaran dan seterusnya disiarkan.

Peringkat pertama - sediakan Proposal ( sinopsis, watak dan perwatakan, tujuan/objektif)
Peringkat kedua - Pitching atau presentation kepada pihak penyiar dan penerbit.
Peringkat ke3 - menulis treatment
Peringkat ke4 - tulis skrip
Peringkat ke 5 - rombakan skrip jika perlu (biasanya 2-3 kali rombak)
Peringkat ke 6 - Preproduction
Peringkat ke 7 - Shooting
Peringkat ke 8 - editing off line dan online serta masukkan suara dan lagu latar.
Peringkat ke 9 - QC ( pihak penyiar)
Peringkat ke 10 -  LPF (pemotongan jika perlu)
kemudiannya barulah boleh ditayangkan.




Episode pertama bermula hari ini (7 april) . TV3 4.30 petang . TV9 8.30 malam
slot lagenda setiap hari isnin hingga khamis
selamat menonton

Karya terbaru dari saya (skrip)

diarahkan oleh Isma

penerbit Radius one Sdn Bhd

Ada juga Anak Muda Perlis yg jadi tukang buat cerita sehingga boleh masuk .....TV3
daripada dok merapu rata - rata ..........macam sesetengah dok ada.
Kurang - kurang ...tolong bagi kritikan membina dalam Forum ....Anak Perlis nih.
Ada juga yg sangkut - paut bab Perlis.
Syabas......saudara ...( CHONZ30 ) , pekeluaq hasil fikiran anda ....biaq kami tengok nanti.

Terima Kasih...kamal_IT 
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan