Shahidan memang layak
KANGAR - Pemilihan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi
Perhubungan Umno Perlis dianggap sebagai pilihan yang paling tepat untuk
menerajui kepimpinan negeri itu.
Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad berkata, pengalaman Shahidan sebagai menteri besar selama tiga penggal serta sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno sebelum ini melayakkan beliau menjadi pemimpin.
“Wanita percaya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau atas dasar kepercayaan dan kredibiliti beliau,” katanya .
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff berkata, Pemuda menyokong penuh dengan pelantikan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
“Terima kasih Presiden kerana melantik beliau. Apa yang dinanti-nantikan oleh rakyat Perlis sudah menjadi kenyataan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan