Edar ayam secara percuma
BUKIT MERTAJAM - Kenaikan harga ayam bukan penghalang kepada seorang
pengurus syarikat bekalan makanan asas yang menyumbangkan 2,200 ayam
kampung secara percuma kepada orang ramai sempena menjelangnya
Aidilfitri, semalam.
Penganjur program, Ng Tee Chuan berkata, sumbangan yang diadakan buat kali pertama itu adalah bertujuan untuk meringankan beban masyarakat terutamanya bagi golongan kurang berkemampuan.
“Keutamaan diberikan kepada warga emas di mana mereka hanya perlu beratur untuk mendapatkan ayam percuma.
“Lebih unik lagi, ayam hidup diberikan kepada mereka dan terpulang kepada penerima untuk menyembelih atau memeliharanya,” katanya.
Ayam segar terbabit diedarkan berhampiran Pasar Awam Bukit Mertajam dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Mertajam.
Tee Chuan berkata, orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
“Kerjasama yang dijalankan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, malah ayam turut diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir menerima ayam yang dibekalkan yang akan diedarkan kepada pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) terpilih. Diharapkan usaha ini dapat menceriakan masyarakat sempena Aidilfitri ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan