Rabu, 31 Julai 2013

Alvin Dan Vivian Perlu Terima Hukuman Setimpal - Bung Mokhtar

Melayu [Bukan] Islam. [Tak]Makan Babi BakKutTeh

Hina Islam Lagi Di YouTube


Video hina Islam di YouTube - Beraya Bersama 3 ekor anjing






LELAKI yang memakai baju Melayu dilihat melayan tiga ekor anjing sebelum membuka kuih dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi YouTube.



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video yang dikatakan menghina Islam bertajuk 1 Hari Di Hari Raya yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video itu yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.



Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."







video menghina Islam . 1 hari di hari raya.


Tahanan Lokap Dibunuh


Inspektor didakwa bunuh tahanan lokap

  • Kes Dharmendran: Pegawai polis serah diri  
  • Pegawai polis serah diri - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, atas tuduhan membunuh seorang tahanan lokap, dua bulan lepas.

S Hare Krishnan, didakwa bersama tiga lagi, iaitu Jafri Jaafar,  Mohd Nahar Abdul Rahman dan Mohd Haswadi Zamri Shaari didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian tahanan polis, N Dharmenderan, 31.

Kejadian didakwa dilakukan di Tingkat 7, Pejabat Siasatan Khas D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur antara jam 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang 21 Mei lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Hare Krishnan, 40, yang berkemeja kelabu dan seluar panjang warna hitam menjawab 'faham' selepas pertuduhan dibacakan.




Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, S Nithia memohon satu tarikh sebutan bersama tertuduh lain,  untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan izin pendakwaan.

Majistret Nor A'minahtul Mardhiah Md Nor menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan kes itu bersama tiga tertuduh lain yang telahpun didakwa bulan lepas.

Tertuduh diwakili Peguam, N Kalyanasundram,  G Sri Kumar dan S Kavita.

Peguam, Latheefa Koya turut hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak isteri Dharmenderan.

Pada 5 Jun lalu, tiga anggota polis iaitu Sarjan Jafri Jaafar, Koperal Mohd Nahar Abdul Rahman dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari dituduh menyebabkan kematian Dhamendran.

Inspektor Hare Krishanan, yang merupakan pegawai penyiasat cawangan D9 dikatakan menghilangkan diri sejak bulan lalu.

Sementara itu, peguam G Sri Kumar ketika ditemui pemberita memberitahu, Hare Krishnan tidak pernah bersembunyi atau melarikan diri sepertimana laporan media sebelum ini.

"Hare Krishanan telahpun melantik peguam selepas membuat laporan polis pertama, pada 1 Jun berhubung  kematian Dharmenderan dan pihak polis tahu di mana beliau.

Menurutnya tidak adil bagi anak guamnya apabila dituduh menghilangkan diri.







Politik - DSSK didakwa layak


Shahidan memang layak




  • RELA
KANGAR - Pemilihan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dianggap sebagai pilihan yang paling tepat untuk menerajui kepimpinan negeri itu.

Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad berkata, pengalaman Shahidan sebagai menteri besar selama tiga penggal serta sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno sebelum ini melayakkan beliau menjadi pemimpin.

“Wanita percaya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau atas dasar kepercayaan dan kredibiliti beliau,” katanya .

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff berkata, Pemuda menyokong penuh dengan pelantikan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

“Terima kasih Presiden kerana melantik beliau. Apa yang dinanti-nantikan oleh rakyat Perlis sudah menjadi kenyataan,” katanya.






Raja Muda Jejak Asnaf


Raja Muda Perlis berbasikal jejak asnaf

 
KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berbasikal sejauh 13 kilometer menjelajah kampung dalam kawasan Mata Ayer dekat sini sempena program menjejak asnaf anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs memulakan kayuhan di Masjid Al Munawarah Mata Ayer dan singgah di rumah dua penerima kurang upaya untuk menyerahkan sumbangan zakat MAIPs iaitu masing-masing menerima RM400.
 
Bagi Nursyuhada Hussin, 31, dari Kampung Balik Guar dan Halim Darus, 60, dari Kampung Baru Guar Nangka, mereka bersyukur terpilih menerima sumbangan itu dan amat berbesar hati kerana Raja Muda berkenan menyampaikan sumbangan itu di kediaman mereka.
 
Program itu turut disertai Pengurus Baitulmal Perlis Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron, Timbalan Ketua Polis Daerah Arau DSP Ishak Baharom dan Pegawai Memerintah 4 Renjer Diraja Kem Oran Lt Kol Ahmad Norzaini Badrun.
 
Selepas menyampaikan sumbangan, baginda bersama peserta kayuhan turut singgah di bazar Ramadan Mata Ayer dan meninjau gerai-gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa.
 
Zull Aznam dan Timbalan Ketua Polis Daerah Arau DSP Ishak Baharom turut mengedar risalah kempen pencegahan jenayah kepada peniaga dan pengunjung bazar itu.
 
Tuanku Syed Faizuddin mengakhiri kayuhan di Masjid Al Munawarah, tempat baginda memulakan kayuhan itu.









MB Perlis kerja kuat


MB Perlis: Tugas saya berakhir lewat malam
 
KANGAR - Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata tugas beliau berakhir hingga lewat malam dan tidak berakhir setakat waktu pejabat sahaja.
  
"Saya masuk kerja sebelah pagi dan selepas selesai tugas pejabat, saya ada tugas di luar pejabat termasuk bertemu masyarakat, menghadiri majlis tertentu dan turut menziarahi kematian," katanya.
  
Sehubungan itu beliau kecewa dengan tuduhan bahawa beliau hanya berkhidmat mengikut waktu pejabat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
  
Perkara ini berbangkit mungkin disebabkan salah tafsir orang ramai terhadap kenyataannya kepada ketua-ketua jabatan sebelum ini, yang kemudian disebar sehingga mempunyai unsur fitnah, katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu Perlis di sini malam tadi.
  
Azlan menjelaskan bahawa dalam pertemuan itu, beliau meminta penjawat awam supaya komited terhadap tugas semasa bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, sebelum mereka pulang.

Beliau turut kesal kerana dituduh lokek dalam mengeluarkan peruntukan bagi projek pembangunan kerajaan negeri.
  
"Saya memang kedekut jika diminta peruntukan bagi kegiatan yang hanya membuang masa, tetapi saya akan memberi kelulusan segera bagi perkara-perkara yang berfaedah termasuk hal kebajikan," katanya.
  
Mengenai dakwaan bahawa beliau belum bertemu jentera parti yang membawa kemenangan Barisan Nasional di Perlis pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Azlan berkata perjumpaan telah diadakan dan akan terus diadakan.
  
Beliau turut menyampaikan sumbangan hasil derma syarikat dan individu kepada lebih 300 orang ibu tunggal, anak yatim, golongan kurang upaya dan penghuni rumah kebajikan di majlis itu.




Anak Yatim Dirai Di Istana

 
Raja Perlis rai anak yatim di Istana Arau
KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid meraikan lebih 200 orang anak-anak yatim, orang kelainan upaya, saudara baru dan para penghuni rumah kebajikan pada majlis yang berlangsung di Istana Arau malam tadi.

Baginda berdua yang diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan beramah mesra dengan mereka selepas solat Tarawih.

Sebelum itu, golongan itu diraikan pada majlis berbuka puasa dan kemudianya solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat Tarawih bersama baginda sebelum mereka diberikan sumbangan khas Ramadan yang disampaikan Raja Perempuan Perlis.

Turut hadir Menteri Besar, Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.






Asnaf di Perlis


84 asnaf terima zakat TH di Perlis
 
  
Pengarah TH Kedah/Perlis, Mohd Sawal Abong menyampaikan zakat itu dengan setiap seorang menerima RM500.
  
Beliau berkata sumbangan itu adalah untuk keperluan penerima di bulan Ramadan dan Aidil Fitri.
  
Lebih 3,000 golongan asnaf di seluruh negara bakal menerima agihan zakat TH tahun ini melalui projek tersebut yang berjumlah RM1.55 juta.




Jenamakan Kompleks


Kompleks Agama dan Syariah Perlis dijenamakan

KANGAR - Kompleks Agama dan Syariah Perlis yang menjadi simbol pentadbiran syariah di Perlis di Jalan Pegawai di sini kini diberi nama Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin.
  
Kompleks setinggi tujuh tingkat berharga RM20 juta itu dan mula beroperasi pada 2006, menempatkan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.
  
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merasmikan kompleks itu serentak dengan penjenamaan semula namanya malam tadi.
  
Ketika merasmikan bangunan itu, baginda menyatakan harapan supaya Jabatan Kehakiman Syariah Perlis sentiasa bertidak tegas dan menyelesaikan secepat mungkin kes-kes syariah yang difailkan.
  
Baginda bertitah jabatan itu bukan sekadar mengeluarkan hukuman melalui mahkamahnya tetapi juga bertanggungjawab menangani kes-kes kekeluargaan Islam supaya institusi kekeluargaan yang retak dapat dipulihkan.
  
Pada majlis itu, baginda yang diiringi Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid turut berbuka puasa di kompleks itu serta bersolat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih di tempat yang sama.
  
Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullal selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta hadir sama Menteri Besar Perlis Azlan Man.




Perlis Bila Lagi?


Edar ayam secara percuma

         

  • Tee Chuan (dua, kanan) menunjukkan ayam hidup yang diedarkan kepada orang ramai secara percuma.
BUKIT MERTAJAM - Kenaikan harga ayam bukan penghalang kepada seorang pengurus syarikat bekalan makanan asas yang menyumbangkan 2,200 ayam kampung secara percuma kepada orang ramai sempena menjelangnya Aidilfitri, semalam.

Penganjur program, Ng Tee Chuan berkata, sumbangan yang diadakan buat kali pertama itu adalah bertujuan untuk meringankan beban masyarakat terutamanya bagi golongan kurang berkemampuan.

“Keutamaan diberikan kepada warga emas di mana mereka hanya perlu beratur untuk mendapatkan ayam percuma.

“Lebih unik lagi, ayam hidup diberikan kepada mereka dan terpulang kepada penerima untuk menyembelih atau memeliharanya,” katanya.

Ayam segar terbabit diedarkan berhampiran Pasar Awam Bukit Mertajam dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Mertajam.

Tee Chuan berkata, orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kerjasama yang dijalankan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, malah ayam turut diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir menerima ayam yang dibekalkan yang akan diedarkan kepada pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) terpilih. Diharapkan usaha ini dapat menceriakan masyarakat sempena Aidilfitri ini,” katanya.





Ucapan DSSK tentang Bangla



SPR: 40,000 Bangladesh undi PRU13 adalah bohong





  •   Datuk Seri Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati propaganda 40,000 rakyat Bangladesh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, merupakan pembohongan oleh beberapa kumpulan berkepentingan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dakwaan sesetengah pihak menerusi media sosial bahawa rakyat Bangladesh telah datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi dalam PRU13, adalah tidak masuk akal.

"SPR akan meneliti setiap dakwaan dan melakukan penyiasatan bertujuan membaiki kekurangan yang berlaku semasa PRU13. Pihak yang tidak berpuas hati perlu mengemukakan petisyen.

"Tanpa maklumat terperinci dan kukuh, dakwaan dibuat adalah tujuan politik semata-mata," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Mashitah ingin tahu sama ada SPR bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap parti politik atau individu yang membuat tuduhan palsu dan fitnah ke atas badan itu, sebelum dan selepas PRU13.

Justeru, Shahidan berpendapat bahawa ia terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana parti politik atau individu.





TNB tambah lampu


Lampu TNB




KANGAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah 4,000 unit lampu jalan di 320 buah kampung bagi meningkatkan keselesaan penduduk negeri ini, kata Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli.

Tambahan lampu jalan itu yang siap baru-baru ini dibuat berdasarkan keperluan penduduk dan diluluskan Unit Pentadbiran Daerah (UPD) Perlis, katanya kepada para pemberita pada program Ihya' Ramadan TNB peringkat negeri di Masjid Al Ghafor, Padang Lati dekat sini malam tadi.

Katanya program pemasangan lampu jalan di kawasan-kawasan kampung telah lama dilaksanakan di seluruh Perlis dan pemasangan 4,000 unit lampu itu yang siap sepenuhnya Mei lalu sudah pasti meningkatkan keselesaan penduduk.

Sempena majlis itu, TNB turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 50 warga tua dan anak yatim di sekitar kawasan Padang Lati di samping menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM2,000 kepada masjid itu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis, Sabry Ahmad, Pengurus Besar TNB Perlis, Ir Shaharenam Mukhtar dan pemimpin-pemimpin masyarakat.