Ahad, 20 Disember 2009

Bulan 12

Senonim dengan kenduri , samada kenduri khawin atau berkhatan ( masuk jawi / bersunat ).

Sebab banyak orang bercuti........tetapi sekarang kenduri tidaklah semeriah dulu

Sebab tiada gotong - royong kerana ramai yang sibuk dengan kerja dan tugas

Masing - masing. Katering mengantikan suasana tersebut.

Walaupun di kampung ada konsep gotong - royong dan persyarikatan...tetapi sangat terhad.

Khemah , kerusi , meja , pinggan mangkuk dah berganti polesrtin.......gena?

Sabtu, 5 Disember 2009

Bersunat / Khatan / Masuk Jawi

Di MADI kawasan Parlimen Padang Besar


Sunday, November 30, 2008

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI KALI KE 13 PAS PERLIS

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali menyampaikan hamper kepada peserta khatan

Steady dik.... tak sakit pun...

Unit AMAL turut membantu

Peserta berkhatan menunggu giliran...

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh turut bertugas
ARAU - PAS Perlis berjaya mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai kali ke 13 yang diadakan di Markas Tarbiyah PAS perlis, jejawai dalam dekat sini Ahad lalu.

Malis berkhatan beramai-ramai ini adalah program tahunan anjuran Jabatan Khidmat Masyarakat PAS Perlis yang diadakan secara percuma.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Pada tahun ini, seramai 69 orang kanak-kanak dari seluruh Perlis telah menyertai program ini.

Selain menjadi salah satu agenda memasyarakatkan PAS, program ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga peserta dengan pimpinan PAS di samping memupuk semangat gotong-royong di kalangan para hadirin sepanjang program diadakan.

Bagi menceriakan majlis, kenduri rakyat diadakan dengan menumbangkan seekor lembu untuk dijamu kepada para orang ramai yang hadir.

Turut hadir membantu mengkhatan kanak-kanak tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Ismail Salleh.